HAMIL 26 MINGGU

23 OKTOBER 2012

Assalamualaikum w.b.t..Hai semua...^_^

Hmmm..rasanya dah berbulan2 lamanya x menulis kat blog ni...entri lama pun semua dah delete..lg pun jarang2 online sekarang ni, sbb xlarat nk mengadap laptop lama2..huhuhu..skrg ni sy dah pregnant 26 week..tu pasal jd malas nk ngadap laptop lama2..hari ni xnak menulis pjg2..cuma nk share berkenaan perkembangan baby dlm kandungan pada minggu ke-26..hehe..mentang2 lah 26 minggu pregnant kan...^_^

Kat bawah ni gambar ultrasound sy pd minggu ke-22 hari tu...terkejut jgk masa scan hr tu...nampak babyku tgh hisap jari...comel sgt..hihihi..



PERKEMBANGAN FETUS-HAMIL 26 MINGGU





Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. 

Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit. 

SUMBER : http://www.babycenter.com.my

No comments: