KES PENIPUAN KAD DEBIT/KREDIT

Sekadar perkongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan-kawan @ family anda terkena macam yang dinyatakan...terima kasih.
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada suami saya beberapa bulan lepas.. lebih kurang jam 3.30 ptg, suami sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita yang sgt berbudi bahasa:
W: selamat pagi boleh bercakap dgn en. Adli?
Suami sy: ye sy bercakap, ada pe ye?
W: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank
Suami sy: awk ni dari mana?
W: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.adli.
Suami saya: oh..ok..
W: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.boleh saya tau alamt penuh en?
Suami ssya: alamat sya….
W: boleh dapatkan no ic…
Suami saya: 83xxxxxxxx
W: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Suami saya: ye sy…
W: dah brapa lama ia digunakan?
Suami saya: hampir 1 tahun…
W: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Suami saya: ye btol…
W: boleh en lengkapkan no 8 digit terakhir
Suami saya:16xx xxxx
W: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Suami saya: ye ada…
W: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?
Suami saya: xxx…
W: ok..skrang sy ingin memberitahu en adli kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klinik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskaun pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. Kad ini berharaga RM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Suami saya: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..?
W: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Suami saya: sy xnk kad tu.
W: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…
Suami saya: sy xperlukan kad awk..sy xnk, tolong batalkan…
W: skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dah tolak duit en.
Suami saya: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
W: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone)
Suami sy: (bengang giler)
Tapi...my husband x bnasib baik, duit dah kna tolak dr akaun rm299..sbb dpt msej yg mengatakn rm299 dah ditolak drp akaun... sblm tu dah try kol maybank nk suruh diorg blok kad..line maybnk tu asyik busy je...masa tu dah jam 5 ptg...pastu cepat-cepat my husband pegi kt  maybank atm kuarkan semua baki duit yg ada...mna lah tahu kot2 duit kna tolak lg..huhuhu...
Pagi esoknye...my husband pegi maybank..pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 digit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. So...pegawai bnk tu pun batalkan kad dan perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak bnk. Kan dah jadi masalah besar..! Huhuhuhuhu... Pengajaran...