JOM MASAK

SIAKAP MASAM MANIS






BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan siakap
sedikit tepung jagung
sedikit minyak masak utk menggoreng dan menumis
2 ulas bawang putih } diketuk
1 labu bawang besar Holland}potong bulat @ dadu
1 s/b cili kisar
4 s/b sos cili } boleh tambah lagi ikut citarasa
3 s/b sos tomato }
2 s/b sos tiram
1 biji lada benggala merah } dipotong dadu
1 btg timun } dipotong dadu
garam secukup rasa

CARA MEMBUAT :

 Ikan dilumur garam dan tepung jagung kemudian digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan
 Panaskan minyak, tumis bwg putih sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Goreng hingga  garing kemudian masukkan semua sos.
 Jika terlampau pekat/kering boleh masukkan air panas sket.
Masukkan lada benggala, bawang dan timun, kacau rata.Letak garam secukup rasa.
Bila dah masak bolehlah dicurahkan ke atas ikan tadi. Sedia utk dihidangkan. 



HASH BROWN




BAHAN-BAHANYA :

2 biji kentang 
1/2 biji bawang holland, cincang
Lada hitam secukupnya, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit mentega untuk menggoreng 

CARA MEMBUATNYA :

Kentang dikupas, cuci, kukus sekejap dalam 2-3 minit, sejukkan dan letak atas paper towel, biar air dia terserap. 1 biji kentang di hancurkan. 1 biji lg di sagat kasar. Masukkan dalam bekas, satukan bawang, lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata2.
Panaskan non-stick pan, sapu dengan sedikit minyak dan dot kan sedikit butter, ratakan. Sendukkan campuran kentang tadi. Masak dengan api sederhana hingga garing. siap.
Lepas tu boleh lah mkn dgn sosej,scramble egg n kcg panggang..nk mkn ngn roti pun boleh..:-)

2 comments:

Mazenah Jaafar said...

salam sal..
berair mulut mama tengok ikan siakap masam manis..
nyam...nyam...nyammmmm....

NURLIEYSA said...

Salam mama..hehe..balik kerja nanti masak lah...