KELEBIHAN SUSU KAMBING



  1. Susu terbaik selepas susu ibu dan bersifat alkali.
  2. Mengandungi sumber nutrisi seperti tenaga, protein, karbohidrat, kalsium, zat besi, sodium, potassium dan beberapa vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia
  3. Menguatkan tulang dan sendi
  4. Merawat dan mencegah penyakit kronik

Sabda Rasulullah SAW

"Kambing merupakan binatang yang penuh barakah yang di tinggal-tinggalkan orang."
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
"Barang siapa yang meminum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran,maka Allah S.W.T akan menyembuhkannya dari 77 penyakit."

SUFFY GOAT





Suffy Goat
Kategori:Asli
Harga:RM40
*SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI 0139959495*
(C.O.D AREA PASIR MAS,KOTA BHARU & TANAH MERAH)
Huraian:

Merupakan susu kambing berperisa asli. Berstatus susu kambing organik dan merupakan 100% susu kambing asli. Dicampurkan pula dengan ekstrak delima, kurma, madu serta kologen rumpai laut. Suffy goat adalah merupakan susu kambing tanpa tambahan gula (sucrose). Mempunyai khasiat yang tinggi serta mampu memperbaiki masalah kesihatan penggunanya. Sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat dari umur 6 bulan ke atas.

KELEBIHAN SUFFY GOAT
Bagi bayi dari 6 bulan hingga 7 tahun:
  1. Mengatasi masalah sembeli
  2. Mengatasi masalah demam kuning/jaudish
  3. Mengatasi masalah asma, lelah, asma serta kahak yang teruk
  4. Meningkat daya ketahanan badan anak-anak serta mengatasi batuk yg berterusan
  5. Mempertingkat berat badan kanak-kanak
  6. Meghindarkan kanak-kanak dari cirit birit serta kembung perut
  7. Mempertingkatkan pertumbuhan bayi serta otak bayi ke paras yang optimum
  8. Susu kambing menyediakan protein yg berkualiti tinggi, asid lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk bayi
  9. Mencantikan kulit bayi
  10. Menajamkan minda kanak-kanak serta memperkuatkan tulang
  11. Mengatasi masalah enzema
  12. Mudah dihadam serta mengatasi masalah alahan susu

Kelebihan Suffy Goat bagi golongan dewasa:
  1. Mengawal aliran darah
  2. Mengatasi masalah jantung
  3. Anti kanser bagi penggunaan berterusan
  4. Menyingkirkan toksin dalam badan melalui pembuangan najis dan perpeluhan
  5. Mengawal darah tinggi serta kencing manis dan gout
  6. Mengatasi penyakit sendi, urat saraf, buah pinggang serta batuk kering (TB)
  7. Mengeluarkan serta mengaktifkan banyak hormone( sesuai untuk yang inginkan anak)
  8. Mencegah penyakit tulang (ostoprosis)
  9. Menguatkan daya ingatan serta menambah tenaga
  10. Merawat penyakit asma, lelah, gastric, ulser perut, buasir, migraine, insomonia serta senggugut
  11. Mengatasi masalah sihir



KES PENIPUAN KAD DEBIT/KREDIT

Sekadar perkongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan-kawan @ family anda terkena macam yang dinyatakan...terima kasih.
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada suami saya beberapa bulan lepas.. lebih kurang jam 3.30 ptg, suami sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita yang sgt berbudi bahasa:
W: selamat pagi boleh bercakap dgn en. Adli?
Suami sy: ye sy bercakap, ada pe ye?
W: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank
Suami sy: awk ni dari mana?
W: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.adli.
Suami saya: oh..ok..
W: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.boleh saya tau alamt penuh en?
Suami ssya: alamat sya….
W: boleh dapatkan no ic…
Suami saya: 83xxxxxxxx
W: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Suami saya: ye sy…
W: dah brapa lama ia digunakan?
Suami saya: hampir 1 tahun…
W: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Suami saya: ye btol…
W: boleh en lengkapkan no 8 digit terakhir
Suami saya:16xx xxxx
W: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Suami saya: ye ada…
W: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?
Suami saya: xxx…
W: ok..skrang sy ingin memberitahu en adli kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klinik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskaun pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. Kad ini berharaga RM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Suami saya: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..?
W: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Suami saya: sy xnk kad tu.
W: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…
Suami saya: sy xperlukan kad awk..sy xnk, tolong batalkan…
W: skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dah tolak duit en.
Suami saya: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
W: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone)
Suami sy: (bengang giler)
Tapi...my husband x bnasib baik, duit dah kna tolak dr akaun rm299..sbb dpt msej yg mengatakn rm299 dah ditolak drp akaun... sblm tu dah try kol maybank nk suruh diorg blok kad..line maybnk tu asyik busy je...masa tu dah jam 5 ptg...pastu cepat-cepat my husband pegi kt  maybank atm kuarkan semua baki duit yg ada...mna lah tahu kot2 duit kna tolak lg..huhuhu...
Pagi esoknye...my husband pegi maybank..pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 digit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. So...pegawai bnk tu pun batalkan kad dan perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak bnk. Kan dah jadi masalah besar..! Huhuhuhuhu... Pengajaran...

SENARAI PERSIAPAN KEPERLUAN BAYI

18 MEI 2013

1) PERALATAN BAYI

- Katil
- Meja berlaci
- Buaian
- Bath tub (besen mandi)
- Besen untuk kain kotor
- Bakul sampah
- Peralatan mandi
- Lampu tidur yg sesuai
- Peralatan untuk latihan berjalan (bertatih)
- Hiasan bilik yg terang dan cerah
- Permainan bayi
- Alas lantai yg mudah dibersihkan spt tikar getah bayi.


2) MAKAN MINUM BAYI

- Rancang minuman spt susu jenis apa yg akan diberi jika anda tidak bercadang untuk  menyusukan badan.


3) PAKAIAN BAYI

- Lampin bayi  (3 dozen)
- Baju bayi berlengan (1 dozen)
- Baju bayi tanpa lengan (1 dozen)
- Selimut kecil (8 helai)
- Seluar (6 helai)
- Barut (6 helai)
- Stoking (6 pasang)
- Sarung tangan (6 pasang)
- Topi (2buah)
- Tuala besar (3 helai)
- Tuala kecil (6 helai)
- Lapik dada (3 helai)
- Sapu tangan kecil (6 helai)

* persiapan pakaian bayi boleh disediakan lebih awal lagi





AMALAN SEMASA BERPANTANG


10 APRIL 2013







1) BERBENGKUNG

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari). 

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. 

Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.

Faedah berbengkung

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar." 

Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:
mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
memecahkan lemak dan selulit;
mencegah dari makan berlebihan.

2) URUT-MENGURUT

Mengikut tradisi, wanita Melayu yang baru bersalin dinasihatkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik.
Faedah urutan tradisional selepas bersalin

Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
melancarkan perjalanan darah;
mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan tertakung;
menaikkan rahim;
membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
memecahkan lemak;
mengetat dan membentuk tubuh;
mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.

Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Baru, program kesihatan posnatal Melayu juga merangkumi urut payudara. Ibu-ibu baru juga diajar teknik ini supaya mereka dapat melakukannya di rumah.

Ibu-ibu baru yang melahirkan anak mereka secara normal di hospital-hospital tersebut (unit T&CM ini tidak terdapat dalam mana-mana hospital kerajaan yang lain pada masa ini) boleh menikmati urutan tradisional sebagai sebahagian daripada jagaan perbidanan.

Siapakah yang akan mengurutkan saya?

Mengikut tradisi, bidan kampung yang berpengalaman dalam semua aspek penjagaan ibu sebelum dan selepas bersalin akan pergi ke rumah ibu baru untuk mengurutnya dan membantu beliau menjaga bayi.

Dalam persekitaran bandar hari ini, di mana banyak pasangan muda tinggal jauh dari keluarga masing-masing, sistem sokongan ini tidak lagi menjadi pilihan.

Untuk mencari tukang urut yang baik, anda mempunyai beberapa pilihan.
Tanya ibu anda atau ibu mertua, rakan-rakan yang telah baru-baru ini mempunyai bayi atau rakan sekerja jika mereka tahu sesiapa sahaja yang baik.
Perkhidmatan pusat-pusat rawatan bersalin dan penjagaan dalam pantang yang menyediakan pakej lengkap dengan urut, bengkung dan jamu.

3) JAMU

Jamu adalah dianggap sebahagian yang penting dalam amalan-amalan berpantang. Adalah dipercayai bahawa jamu dan makanan yang betul boleh membantu ibu-ibu baru mendapatkan semula tenaga mereka dan menyembuhkan selepas kerja mengandung dan melahirkan anak.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:
mengembalikan tenaga;
memanaskan badan;
mengeluarkan lemak dan toksin;
dan, melawaskan ke bilik air.
Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan. Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut.
Apa yang boleh dan tidak boleh saya makan?

Ibu atau ibu mertua anda, atau pembantu khas anda, akan menyarankan anda memakan jamu serta herba panas seperti halia. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk";
memakan hidangan berminyak;
meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut.
Di mana saya boleh mendapatkan jamu?

Mengikut tradisi, bidan kampung yang mengurut ibu baru dan menemani sepanjang tempoh pantang juga akan merumuskan jamu.

Kini, selain menempahkan jamu khas dari bidan kampung, ibu moden boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.


4) BERTUNGKU

Bertungku dan berbengkung adalah asas kepada amalan-amalan pantang-larang bagi ibu baru dalam budaya Melayu. Sebelum berbengkung, wanita bertungku.

Salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan dari badan.

Dikatakan bertungku juga:
memecahkan lemak;
mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.

Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Baru, amalan jagaan perbidanan termasuk urut selepas bersalin, bertungku dan berbengkung. Ibu-ibu baru yang melahirkan bayi secara normal di kedua-dua hospital ini boleh memilih untuk menerima jagaan dari Unit T&CM ini.

5) MANDIAN HERBA


Mandi-mandian herba dan akar kayu

Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu baru ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Ia dipercayai akan:
mengembalikan kecergasan;
membuangkan angin;
menghilangkan bau hanyir;
merawat urat yang terputus

Menyediakan mandian herba

Ibu-ibu baru hari ini biasanya membeli set rumusan untuk dimasak di rumah. Anda boleh membelinya dari pusat-pusat penjagaan pantang (juga dipanggil pusat rawatan bersalin).

Set mandian herba juga boleh dibeli sebagai sebahagian pakej yang termasuk penjagaan selepas bersalin, produk herba dan makanan tambahan, semua tersusun dan dijarakkan mengikut amalan-amalan dan jadual berpantang 44 hari. Beberapa pakej boleh merangkumi perkhidmatan bidan urut dan persediaan amalan-amalan pantang yang lain.

..................................................................................
SUMBER : BABY CENTER